Friday, 24 June 2011

kenapa wanita mudah sekali menangis.....??

Ya Allah, mengapa wanita mudah sekali menangis?

Allah menjawab,

" Saat KU ciptakan wanita, AKU membuatnya menjadi sangat utama.

KU ciptakan BAHUnya, agar mampu menahan seluruh beban dunia & isinya, walaupun juga, bahu itu harus cukup nyaman & lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.

KU berikan wanita KEKUATAN untuk dapat mengandung, melahirkan & mengeluarkan bayi dari rahimnya, walau seringkali pula dia kerap berulangkali menerima cerca dari anaknya itu.

KU berikan KEPERKASAAN yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah, saat semua orang sudah berputus asa.

Pada wanita KU berikan KESABARAN untuk merawat keluarganya, walau letih, walau sakit, walau lelah tanpa keluh kesah.

KU berikan wanita perasaan PEKA & KASIH SAYANG, untuk mencintai semua anak-anaknya, dalam apa pun kondisi & dalam apa jua situasi. Walau tak jarang anak-anaknya itu melukai perasaannya, menghiris hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada bayi-bayi yang terkantuk menahan lelap, sentuhan inilah yang memberikan kenyamanan saat di dakap dengan lembut olehnya.

KU berikan wanita KEKUATAN untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sakit & menjadi pelindung baginya kerana, bukankah tulang rusuklah yang melindungi setiap hati & jantung agar tak terkoyak?

KU berikan kepadanya KEBIJAKSANAAN & KEMAMPUAN untuk memberikan pengertian & menyedarkan bahawa suami yang baik adalah suami yang tak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami, agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi & saling menyayangi.

Dan akhirnya KU berikan wanita AIRMATA agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus KU berikan kepada wanita agar dapat digunakan bila-bila pun dia inginkan. Hanya inilah kelemahan yang di miliki wanita, walaupun sebenarnya airmata ini adalah airmata kehidupan."

Dekatkanlah diri dengan IBU selalu, hargai & sayangilah ibu selagi dia masih ada, & doakanlah serta terus menyayangi ibu walau dia sudah tiada..

Buat kaum Adam, janganlah kamu merasa jemu @ merasa marah pabila wanita yang kamu sayangi menangis, jangan menganggap wanita itu manja @ mengada-ngada hanya kerana dia mudah menangis, kerana seandai dia berkata-kata & meluahkan isihati nya nescaya ada yang akan terluka. Biarkanlah sesekali dia menangis kerana hanya dengan airmata itu dapat mengubat hatinya yang terluka & menghindari dari melukai hati kamu..

Saturday, 11 June 2011

jika isteri menangis

Jika Isteri Menangis...


Jika isteri menangis dihadapanmu….


“hargai lah ia sblm terlewat…”

Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,

itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi…

Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..

Jika kau membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, kecuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan

menjadi lemah!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu.

Dia akan menurunkan rasa EGOnya.


Wahai suami2,

jika seorang istri pernah menangis karenamu, tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.

Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau terpuruk terlalu dalam …


Wahai suami2,

jika seorang isteri menangis keranamu, tolong jangan menyia-nyiakannya.

Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.

Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu.


Lihatlah jauh kedalam matanya.

Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu ?

Apakah keistimewaan perempuan ini ? ”

Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..

TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..

SENYUMAN’nya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya.
.
PELUKAN & CIUMAN’nya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya..

Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa.
.
Dia TERHARU Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya.
..
Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHAN’nya. .

Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN..

Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..

TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.

Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI krn 1 hal…

Bahawa “Betapa BERHARGAnya dia”…


Sebarkan ini ke SELURUH ISTERI2 yg soleha dan SUAMI2 yang kamu kenal agar

mereka tidak lupa bahwa ISTERI mrk begitu berHARGA… Dan sangat berHARGA.

pesanan Rasullullah


esanan Rasulullah S.W.T sebelum Tidur
SEBELUM Tidur Rasulullah SAW pernah berpesan kepada Saidatina Aisyah ra : "Ya Aisyah jangan engkau tidur, sebelum melakukan 4 perkara iaitu : 1. Khatam Al Qur'an, 2. membuatkn para nabi memberi syafaat kpdmu di hari akhirat, 3. membuatkn para muslim meredhai kamu, 4. melaksanakan ibadat haji dan umrah. "Bertanya Aisyah : "Ya Rasulullah..Bagaimanakah aku dapat melaksanakan 4 perkara seketika?" Rasulullah trsenyum sambil brsabda : "Jika engkau tidur bacalah:- Surah Al -Ikhlas 3 kali ,(maka ia seolah2 kau mgkhatamkan Al Qur'an). Dan Bacalah selawat untukKu dan para nabi sebelumku, ( maka kami semua akan memberi syafaat kpdmu di hari kiamat). Dan Beristighfarlah untuk para muslimin (maka mereka semua akan meredhai kamu). Dan perbanyakkanlah bertasbih, bertahmid, bertahlil, dan bertakbir (maka ia seolah2 kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah)" - MAFHUM DARI HADIS Sekian , Semoga ia menjadi renungan dan ingatan buat kita semua.

jom bunuh syaitan...

Jom bunuh syaitan!
Seorang lelaki berusia lima puluhan tahun baru sahaja kematin isteri akibat penyakit kronik. Kemudian datang beberapa tawaran dari orang tertentu menawarkan beberepa perempuan untuk dijadikan isteri baru dan teman hidup barunya. Alasan mereka beliau perlu berkahwin semula memandangkan anak -anaknya sudah besar malah tinggal jauh di Bandar dan tiada orang yang akan menjaga makan, minum, sakit, pening si duda itu.


Setelah meminta tempoh dan berfikir sedalam- dalamnya dia pun bersetuju untuk berkahwin.


Selepas memilih dan beberapa orang calon isteri yang ditawarkan oleh orang kampong maka dia pun berkahwin dengan seorang perempuan yang agak muda berusia dalam lingkungan dua puluh lima tahun.


Selepas majlis pernikahan mereka pun hidup bersama seperti pengantin baru yang lain.... ...


Isteri barunya sering ke surau pada setiap petang khamis mengikuti kuliah agama yang sering diadakan secara mingguan dengan pesyarah jemputan yang diundang khas mengajar agama di kampong tersebut.


Suatu petang selepas pulang dari kuliah agama di surau dia menceritakan apa yang didengarnya dalam kuliah tersebut. "Abang, abang nak tau tak, ustaz kata bila suami dan isteri itu bersatu/ bersetubuh kannn abang kann dengan cara yang betul dan menjaga syarat yang betul maka pasangan tersebut akan mendapat pahala sama seperti membunuh 10 ekor atau beberapa ekor syaitan". Kata si suami "yerr kerr. Tak apa malam ni malam Jumaat, masa yang sesuai utuk bunuh syaitan kann, betul tak sayanggg" sambil ketawa. Isteri hanya tersenyum panjang.


Selang dua hari kemudian, siisteri berkata "banggg, jom kita bunuh syaitan... bang". Si suami tersenyum panjang. Selang dua hari kemudian, si isteri berkata "banggg, jom kita bunuh syaitan... bang". "tak pe...tunggula malam". Esoknya si isteri berkata "banggg, jom kita bunuh syaitan... bang". Si suami diam sambil mengangguk lemah.


Esoknya siisteri berkata "banggg, jom kita bunuh syaitan... ".


Si suami tiba - tiba marah dan berkata ..........


"Ayang nie nak bunuh syaitan ke nak bunuh abang"

Gelak membawa padah...

gelak membawa padah ?
SITUASI 1.
Satu ari, epul dan ayu pegi kedai mamak.
lalu epul "sound" kat mamak tu,
epul : “mamak, kari ni rasa semacam je. kari semalam ke?”
mamak tu pun lenting balik,
mamak : “u , kalu mau kari ini hari punya, u dtg esok la macha.”
ayu: -_-?

SITUASI 2

Disebuah tapak pembinaan sebuah menara yang tertinggi, ketika waktu makan tengahhari, 3 orang pekerja sedang sedang mengomel tentang bekalan makanan masing-masing.

Amat : "nasi putih dengan telor mata lagiiiiii!!!!!, kalau esok aku bawak bekal nasi dengan telor mata lagi, aku akan bunuh diri dengan terjun dari atas menara ini.!!!!!!!!!!!"

Rizal : "Nasi goreng, nasi goreng, nasik goreng lagiiiiii!!!!!!!!!!!, boleh jadi gila aku!!!! kalau besok aku bawa bekal nasi goreng lagi, aku juga akan bunuh diri dengan melompat dari puncak menara ini"

Jejai : Meggi goreng lagiiiiiii???????, setiap hari aku bawak meggi goreng.. Kalau esok aku bawa megi goreng lagi aku juga akan ikut terjun macam kamu berdua!!!!

Keesokkan harinya, ketiga-tiga mereka terjun dari puncak menara kerana Amat masih membawa bekal nasi putih telor mata, Rizal bawa bekal nasi goreng dan Jejai masih bawa bekal Meggi goreng.

Isteri Amat : "Kalaula saya tahu dia sudah tidak mahu makan nasi putih telor mata, sudah tentu saya masak lauk lain"

Isteri Rizal : "Kalaula dia cakap dengan saya yang dia sudah bosan makan nasi goreng, sudah tentu saya juga masak benda lain mengikut kemahuannya"

Isteri Jejai : "Saya masih lagi bingung kenapa suami saya bunuh diri sedangkan diasendiri yang memasak bekalannya"

SITUASI 3

Seramai 27 orang gila dari malaysia telah dibawa ke amerika untuk brjumpa dgan d0ktor pakar.. Mereka semua telah dbawa dgan sebuah kapal terbang yg besar... Nak dijadikan cerita,sewaktu dalam perjalanan,mereka teramatlah bising nye,kecoh bt0l,bese la..kalu da same2 gila,ada je mende bodoh dorg wat. So,kbisingan dorang ni tlah mbuatkan captain pilot marah.. Lalu,cptain pilot ni telah menyuruh co pilot untk mlihat apa yg brlaku di belakang. Apabila saja co pilot melihat apa yg brlaku,trkejut beruk la co pilot bila melihat orang2 gila tsebut sdang brmain bola sepak di belakang...MU vs Chealsea kata org gila 2..

co pilot : Hoii gila!tak boleh main bola dalam kapal terbang!!(memarahi mereka)

Stelah dimarahi,terdiam la semuanya... Namun,selang bberapa minit kmudian,cptain pilot brasa curiga kerana suasana begitu tenang d belakang..senyap jek.. Lalu cptain pilot menyuruh lg co pilot melihat apa yg blaku di belakang. Stelah diperiksa,co pilot terkejut puaka bila mlihat hanya tgal 4 orang gila saja..

Copilot: oi gile,apa da jadi?mana kawan2 seangkatanmu yg lain??sape menang mu vs chealsea td ?

Gila :encik tny soalan mcm org gila tny kt sy aritu lah . bru minit ke 76 encik . tp daa encik failot x kasik kamik main bola dalam kpal trbang,dorang main la kt luar..pelupa btol encik ni .

Copilot : erk,aku pulak gila?habis,apa kamu 5 orang ni buat dalam ni??nape x ikot kawan kamu main kt luar?

Gila: encik ni gila ke?kan kami ni pemain simpanan..... lgpun team kitaorg MU tgh leading tuh ! coach x kasi tuka lg (sambil tunjuk org gila lg 1 sebagai coach) .